- Utama
- Pengarah
- Info Korporat
- Pusat Info
- e-Poster Pemakluman
- Perkhidmatan
- Foto Aktiviti dan Program
- Keratan Akhbar
- Penerbitan Buku
- Video
- Muat Turun
- Repositori Integriti
- Hubungi Kami
Webinar Wanita Makmur "Wanita Beraspirasi Membina Legasi" Sukses Dijalankan
Kota Kinabalu, 10 Mac 2025 – Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) telah berjaya menganjurkan webinar Motivasi Wanita Makmur bertemakan "Wanita Beraspirasi Membina Legasi" sempena Hari Wanita Antarabangsa 2025. Program yang diadakan dalam talian melalui aplikasi Zoom dan Facebook Live ini dirasmikan oleh YBhg. Puan Hajah Haslina Ismail, Pengarah JHEWA.
Webinar ini menampilkan dua penceramah yang berpengalaman. Penceramah pertama, YBrs. Encik Shahrulnaz Norhazli bin Nazri, Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan Pemakanan, Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, menyampaikan ceramah bertajuk "Pemakanan Sihat di Bulan Ramadan". Sesi ini memberikan panduan dan tips pemakanan yang sihat bagi memastikan kesejahteraan semasa bulan Ramadan.
Sebagai penceramah kedua, YBhg. Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah bin Kamsah, seorang pakar motivasi terkenal, mengupas tajuk "Pengurusan Stress dan Toksisiti". Beliau menekankan pentingnya menjaga kesihatan mental dan menguruskan stres dalam kehidupan seharian, terutamanya di kalangan wanita.
Program ini berjaya menarik penyertaan seramai 749 peserta yang terdiri daripada penjawat awam, ahli persatuan wanita, kakitangan agensi swasta, serta orang ramai. Webinar ini berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari, dan berhasrat untuk memberikan pendedahan mengenai kesihatan mental dan penjagaan makanan.
Objektif utama penganjuran webinar ini adalah untuk melahirkan masyarakat yang lebih produktif dan makmur, khususnya di Negeri Sabah dan Malaysia amnya. Diharapkan inisiatif ini dapat memupuk kesedaran dan memberi impak positif kepada masyarakat dalam aspek kesihatan dan kesejahteraan.
Dengan kejayaan penganjuran webinar ini, JHEWA berkomitmen untuk terus menerus menjalankan program-program yang memberi manfaat kepada wanita dan masyarakat secara keseluruhan.