- Utama
- Pengarah
- Info Korporat
- Pusat Info
- e-Poster Pemakluman
- Perkhidmatan
- Foto Aktiviti dan Program
- Keratan Akhbar
- Penerbitan Buku
- Video
- Muat Turun
- Repositori Integriti
- Hubungi Kami
Kursus Masakan Gerai Anjuran JHEWA
Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) telah mengadakan Kursus Masakan Gerai dari 11 hingga 13 Februari 2025 bertempat di Dun N.16 Karambunai, Sepanggar. Kursus ini dihadiri oleh 28 peserta yang terdiri daripada wanita rentang dan golongan sasar, bertujuan untuk memperkasakan kemahiran masakan serta meningkatkan peluang perniagaan dalam bidang gerai makanan.
Bahagian Operasi JHEWA telah menyusun program yang merangkumi sesi praktikal dan teori, termasuk teknik memasak, penyediaan makanan, dan pengurusan perniagaan. Peserta berpeluang untuk belajar daripada chef berpengalaman dan mendapatkan pendedahan mengenai cara menjalankan perniagaan gerai dengan berkesan.
Inisiatif ini diharapkan dapat memberikan manfaat kepada peserta dalam meningkatkan pendapatan serta menyokong usaha JHEWA untuk memajukan ekonomi dan memperkasakan wanita dalam komuniti.