- Utama
- Pengarah
- Info Korporat
- Pusat Info
- e-Poster Pemakluman
- Perkhidmatan
- Foto Aktiviti dan Program
- Keratan Akhbar
- Penerbitan Buku
- Video
- Muat Turun
- Repositori Integriti
- Hubungi Kami
Bengkel Kepekaan Gender di bawah tajuk - Kepimpinan Lensa Gender
SICC, 19 Februari 2025 – Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah dengan kerjasama Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan menganjurkan Bengkel Kepekaan Gender bertajuk "Kepimpinan Lensa Gender" di Manukan Room, SICC, dengan penyertaan 50 pegawai awam negeri. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman tentang isu-isu gender dalam konteks kepimpinan.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Puan Faridah Giau, Timbalan Setiausaha Tetap II, Kementerian Kerajaan Tempatan & Perumahan Sabah, yang mewakili Yang Berbahagia Datuk Dr. Jamili Nais, Setiausaha Tetap kementerian tersebut.
Bengkel ini turut menampilkan penceramah dan fasilitator hebat, Datuk Dr. Tengku Naufal bin Tengku Mansor, yang membawa pengalaman dan kepakaran dalam bidang kepekaan gender. Diharapkan program ini dapat melahirkan pemimpin yang lebih peka dan berdaya saing dalam menangani isu-isu gender di masyarakat.