- Utama
- Pengarah
- Info Korporat
- Pusat Info
- e-Poster Pemakluman
- Perkhidmatan
- Foto Aktiviti dan Program
- Keratan Akhbar
- Penerbitan Buku
- Video
- Muat Turun
- Repositori Integriti
- Hubungi Kami
Bengkel Pembangunan Kepimpinan Wanita Siri 1
Kota Kinabalu, 20 Februari 2025 – Bengkel Pembangunan Kepimpinan Wanita Siri 1 telah diadakan dengan jayanya di Le Meridien Kota Kinabalu dari 18 hingga 20 Februari 2025, melibatkan 30 pegawai perkhidmatan awam negeri Gred 41dan (ke atas) yang merupakan wanita berpotensi dalam pelbagai bidang.
Bengkel ini dirasmikan oleh Puan Haslina Ismail, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA), yang menekankan kepentingan pengembangan kepimpinan untuk wanita dalam memperkukuhkan peranan mereka dalam pentadbiran awam.
Penceramah dan fasilitator berpengalaman yang dijemput khas, Puan Norhana Abd. Jabbar dan Puan Mazibah Mohd Zain, telah mengendalikan sesi yang memberi inspirasi dan membina kemahiran kepimpinan. Program ini bertujuan untuk memperkasakan wanita dalam mencapai kejayaan dan memberi sumbangan yang lebih besar kepada masyarakat.
Diharapkan bengkel ini dapat melahirkan pemimpin wanita yang berwibawa dan berdaya saing di masa hadapan.