- Utama
- Pengarah
- Info Korporat
- Pusat Info
- e-Poster Pemakluman
- Perkhidmatan
- Foto Aktiviti dan Program
- Keratan Akhbar
- Penerbitan Buku
- Video
- Muat Turun
- Repositori Integriti
- Hubungi Kami
Sesi Taklimat Geran Aktiviti NGO Wanita Berjaya Dilaksanakan
Sesi taklimat dan pelaporan mengenai geran aktiviti NGO wanita yang dianjurkan oleh Bahagian Korporat, Kualiti & ICT Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah telah berlangsung dengan jayanya pada 21 Februari 2025, dari 3:30 petang hingga 4:30 petang.
Peserta yang hadir melalui platform Google Meet telah diberikan maklumat penting mengenai pelaksanaan dan pengurusan geran untuk tahun 2025. Sesi ini diakhiri dengan sesi soal jawab yang aktif, menunjukkan komitmen semua pihak dalam memajukan aktiviti NGO wanita.
Diharapkan NGO wanita yang berdaftar dengan JHEWA dapat mengambil manfaat daripada maklumat yang dikongsi dan bersama-sama memajukan sektor pendidikan, ekonomi, dan bidang lainnya demi kesejahteraan rakyat, khususnya bagi wanita di Negeri Sabah. Sesi ini menunjukkan komitmen semua pihak untuk bekerjasama dalam mencapai matlamat tersebut.