- Utama
- Pengarah
- Info Korporat
- Pusat Info
- e-Poster Pemakluman
- Perkhidmatan
- Foto Aktiviti dan Program
- Keratan Akhbar
- Penerbitan Buku
- Video
- Muat Turun
- Repositori Integriti
- Hubungi Kami
Majlis Khatam Al-Quran Perdana Ramadhan Al-Mubarak
JHEWA telah menyantuni undangan daripada NGO berdaftar dibawahnya dalam satu majlis yang diadakan sebentar tadi. Sempena Nuzul Qur'an, Persatuan Tindakan Wanita Islam Sabah (PERTIWISA) menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran Perdana Ramadhan Al-Mubarak. Acara tersebut berlangsung pada 17 Ramadhan 1446H bersamaan 18 Mac 2025 (Selasa), di Dewan Tun Sakaran, Dandai Raia Hotel.
Majlis ini dihadiri oleh tetamu kehormat, Toh Puan Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah binti Haji Tussin. Pengisian acara termasuk berkhatam Al-Quran berjemaah dan sesi ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan khas dari TV Al-Hijrah. Program ini bertujuan untuk memperkukuh nilai-nilai keagamaan dan memupuk semangat komuniti di bulan Ramadan.