- Utama
- Pengarah
- Info Korporat
- Pusat Info
- e-Poster Pemakluman
- Perkhidmatan
- Foto Aktiviti dan Program
- Keratan Akhbar
- Penerbitan Buku
- Video
- Muat Turun
- Repositori Integriti
- Hubungi Kami
Penyemakan Deraf Jawapan Buku Panduan Wanita Dan Undang-Undang
Tarikh: 19 Mac 2025 (Rabu)
Tempat: Bilik Mesyuarat/Latihan JHEWA
Satu sesi penyemakan deraf jawapan bagi Buku Panduan Wanita Dan Undang-Undang telah berlangsung dengan jayanya pada 19 Mac 2025 (Rabu). Sesi ini melibatkan perbincangan mengenai Siri 4: Tuntutan Harta Pusaka & Harta Sepencarian serta Siri 5: Nafkah Isteri Dan Anak.
Sesi penyemakan ini diadakan untuk membolehkan setiap agensi yang berkaitan mengadakan dialog dan membincangkan soalan-soalan yang relevan yang akan dimasukkan dalam kedua-dua siri tersebut. Buku ini dijadualkan untuk dicetak dan diedarkan kepada orang awam, khususnya wanita, semasa program-program JHEWA yang diadakan sepanjang tahun ini.
Dengan penerbitan buku ini, diharapkan masyarakat, terutamanya wanita di negeri Sabah, akan menjadi lebih cakna mengenai isu-isu berkaitan Tuntutan Harta Pusaka, Harta Sepencarian, serta Nafkah Isteri dan Anak.
JHEWA ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para panel jemputan yang telah hadir, termasuk:
-D11 Polis Diraja Malaysia (PDRM)
-Jabatan Peguam Negara (JPN)
-Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
-Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah (JPKA)
-Panel Peguam Pusat Bantuan Guaman Wanita JHEWA
Pihak JHEWA berterima kasih atas pandangan, maklumat, dan kerjasama yang telah diberikan, serta masa yang diluangkan untuk menjayakan sesi ini. Semoga usaha ini dapat memberi manfaat kepada wanita dan masyarakat secara keseluruhan.