- Utama
- Pengarah
- Info Korporat
- Pusat Info
- e-Poster Pemakluman
- Perkhidmatan
- Foto Aktiviti dan Program
- Keratan Akhbar
- Penerbitan Buku
- Video
- Muat Turun
- Repositori Integriti
- Hubungi Kami
PELAKSANAAN PROGRAM UKHUWAH RAMADAN 2025
Pada 20 Mac 2025 (Khamis), telah berlangsung Program Ukhuwah Ramadan 2025 Agihan Bubur Lambuk anjuran Hal Ehwal Wanita Sabah dengan kerjasama Adabi dan Persatuan NGO yang berdaftar dengan JHEWA, iaitu SWISE. Program ini diadakan di perkarangan Wisma Wanita bermula seawal persiapan pada pukul 7.00 pagi dan acara rasmi berlangsung dari 9.00 pagi hingga 3.00 petang.
Acara ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Flovia Ng, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat & Kesejahteraan Rakyat, yang mewakili YB Datuk James Ratib, Menteri Pembangunan Masyarakat & Kesejahteraan Rakyat. Tahun ini, program agihan bubur lambuk mencakupi pelbagai pihak, termasuk Hospital Kerajaan, Warga Tua, Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am, PEMADAM, Media, rakan synergy JHEWA, serta masyarakat setempat.
Sebanyak 2,100 pek bubur lambuk telah diagihkan kepada golongan yang memerlukan. Program ini bertujuan untuk mempereratkan ukhuwah dan mengukuhkan hubungan antara masyarakat, serta memberikan sedikit sumbangan kepada mereka yang memerlukan dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.
Program ini mendapat sambutan yang sangat baik dan mencerminkan semangat gotong-royong serta keprihatinan terhadap kesejahteraan masyarakat. Diharapkan agar lebih banyak program sebegini dapat dijalankan pada masa akan datang demi manfaat bersama.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.