- Utama
- Pengarah
- Info Korporat
- Pusat Info
- e-Poster Pemakluman
- Perkhidmatan
- Foto Aktiviti dan Program
- Keratan Akhbar
- Penerbitan Buku
- Video
- Muat Turun
- Repositori Integriti
- Hubungi Kami
Program Nilai-Nilai Murni Sempena Bulan Ramadhan 2025M/1446H
Tarikh: 21 Mac 2025 (Jumaat)
Masa: 9.30 pagi hingga 11.30 pagi
Tempat: Bilik Latihan Tingkat 3, Wisma Wanita
Alhamdulillah, Program Nilai-Nilai Murni Sempena Bulan Ramadhan 2025M/1446H telah berjaya dilaksanakan dengan kehadiran pegawai dan kakitangan Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA). Program ini bertujuan untuk meningkatkan ketakwaan dan profesionalisme di kalangan peserta.
Ceramah bertemakan "Meningkatkan Ketakwaan & Profesionalisme" disampaikan oleh Ustazah Puan Norazlin binti Abd Taip, penceramah bertauliah daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS). Dalam ceramah tersebut, Ustazah Norazlin menekankan pentingnya menjadikan bulan Ramadhan sebagai momentum untuk perbaikan diri dan kerja.
Program ini diakhiri dengan sesi soal jawab yang memberikan peluang kepada peserta untuk berkongsi pandangan dan mendapatkan penjelasan lanjut mengenai topik yang dibincangkan. Semoga semua peserta dapat mengamalkan nilai-nilai murni yang dipelajari untuk memperkaya kehidupan peribadi dan profesional mereka.