- Utama
- Pengarah
- Info Korporat
- Pusat Info
- e-Poster Pemakluman
- Perkhidmatan
- Foto Aktiviti dan Program
- Keratan Akhbar
- Penerbitan Buku
- Video
- Muat Turun
- Repositori Integriti
- Hubungi Kami
Tawau, 24 April 2025 — Sebuah program bengkel pembangunan kepimpinan wanita berwibawa siri pertama bagi Kumpulan 14 telah berlangsung dengan jayanya di Hotel Borneo Royale, Tawau. Program ini dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA), Puan Hajah Haslina Ismail.
Bengkel ini bertujuan memperkasakan wanita dalam perkhidmatan awam negeri Sabah, khususnya pegawai wanita lantikan baru Gred N41 ke atas. Ia turut menampilkan penceramah bertauliah, Puan Norhana Abdul Jabar dan Puan Mazibah Mohd. Zain, yang berkongsi ilmu dan pengalaman mereka dalam aspek kepimpinan dan pembangunan wanita berwibawa.
Selain itu, program ini turut dihadiri oleh peserta dari kalangan pegawai wanita lantikan baru yang menunjukkan komitmen tinggi dalam meningkatkan kemahiran dan kompetensi mereka sebagai pemimpin masa depan.
Program ini diharap dapat memberi impak positif dalam pembangunan sumber manusia wanita di peringkat negeri, seterusnya menyumbang kepada kemajuan dan keberhasilan organisasi kerajaan Sabah.