- Utama
- Pengarah
- Info Korporat
- Pusat Info
- e-Poster Pemakluman
- Perkhidmatan
- Foto Aktiviti dan Program
- Keratan Akhbar
- Penerbitan Buku
- Video
- Muat Turun
- Repositori Integriti
- Hubungi Kami
30 April 2025 - Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah mengalu-alukan dengan penuh rasa penghargaan atas kunjungan hormat daripada Kementerian Pembangunan Wanita,kanak-kanak dan kesejahteraan komuniti sarawak .
YB Datuk Flovia Ng, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat hadir menyambut kunjungan hormat daripada YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Sarawak. Turut mengiringi beliau ialah Timbalan Menteri Pembangunan wanita dan kanak-kanak sarawak iaitu YB Datuk Hajah Rosey Binti Haji Yunus dan Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan komuniti, Sarawak iaitu YB Datuk Haji Mohammad Razi Bin Sitam, bersama Pengarah Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS), Puan Salmah Binti Jobeli, serta pegawai-pegawai kanan JWKS.
Tujuan utama kunjungan ini adalah untuk mengeratkan hubungan dua hala antara Sabah dan Sarawak dalam bidang pembangunan wanita, keluarga dan komuniti, di samping meneroka peluang kerjasama strategik yang boleh dimanfaatkan bersama oleh kedua-dua negeri.
Antara intipati perbincangan adalah mengenai dasar-dasar pemerkasaan wanita serta inisiatif kesejahteraan komuniti yang boleh digembleng secara bersama demi manfaat rakyat di kedua-dua negeri.
Kunjungan ini turut mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua jabatan dalam memperkukuh dasar inklusif di samping memperluas jaringan kerjasama rentas negeri ke arah pembangunan sosial yang mampan dan seimbang.