- Utama
- Pengarah
- Info Korporat
- Pusat Info
- e-Poster Pemakluman
- Perkhidmatan
- Foto Aktiviti dan Program
- Keratan Akhbar
- Penerbitan Buku
- Video
- Muat Turun
- Repositori Integriti
- Hubungi Kami
DAERAH SIPITANG – Program Outreach yang bertemakan "Merakyatkan Perkhidmatan ke Arah Kesejahteraan Wanita" telah berlangsung dengan jayanya pada 29 April 2025, bertempat di Dewan Serbaguna Sipitang. Acara yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) ini berjaya menarik kehadiran seramai 324 peserta dari seluruh daerah Sipitang dan sekitarnya.
Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Datuk Flovia Ang, yang turut menyampaikan ucapan penuh semangat dan harapan agar program ini dapat memberi manfaat dan memperkasakan peranan wanita dalam masyarakat. Dalam ucapannya, beliau menegaskan pentingnya perkhidmatan yang mesra dan menyentuh keperluan sebenar golongan wanita demi meningkatkan kesejahteraan mereka.
Program ini turut menampilkan panel penceramah terkenal seperti Noor Azah Abd Rahman, Dr. Hjh Analingka Mad Kassim dan Sarjan Hasrudin bin Awang Dami, yang berkongsi ilmu dan pengalaman dalam bidang kekeluargaan, kesihatan, dan pembangunan wanita. Sesi dialog dan perkongsian tersebut mendapat maklum balas positif daripada peserta yang hadir.
Selain ceramah, pelbagai aktiviti dan khidmat nasihat turut disediakan, termasuk pemeriksaan kesihatan dan kaunseling serta Jualan MADANI. Pihak penganjur berharap program ini dapat menjadi platform untuk memperkasakan wanita dan memperluas jaringan sokongan komuniti.
Program ini juga mendapat sokongan penuh daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta, termasuk kerjasama dengan pejabat daerah Sipitang dan UPDM N35 Sindumin.
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dan berharap program ini akan diteruskan pada masa akan datang bagi memastikan golongan wanita terus diberi perhatian dan peluang untuk berkembang.