- Utama
- Pengarah
- Info Korporat
- Pusat Info
- e-Poster Pemakluman
- Perkhidmatan
- Foto Aktiviti dan Program
- Keratan Akhbar
- Penerbitan Buku
- Video
- Muat Turun
- Repositori Integriti
- Hubungi Kami
Dengan penuh rasa syukur, JHEWA ingin mengumumkan bahawa Kursus Masakan Katering yang dianjurkan telah berlangsung dengan jayanya dari 22 hingga 24 April 2025. Program ini bertujuan memberi manfaat kepada golongan ibu tunggal dan wanita berkahwin dari kalangan B40 yang ingin memulakan atau memperkukuh perniagaan katering mereka.
Butiran Program:
Tarikh: 22 - 24 April 2025
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Dun N.35, Sindumin
Jumlah Peserta: 26 orang
Sasaran Peserta: Ibu tunggal dan wanita berkahwin dari golongan B40
Kursus ini memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari kemahiran asas memasak dan pengurusan katering, sekaligus meningkatkan keyakinan mereka untuk memulakan perniagaan sendiri.
Kami mengucapkan terima kasih kepada semua peserta atas semangat dan komitmen mereka, serta kepada Puan Haslinda Hadis atas ilmu dan pengalaman yang dikongsikan.
Semoga ilmu yang diperoleh dapat membantu mereka mencapai kejayaan dan memperbaiki taraf hidup keluarga masing-masing.
JHEWA mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat!
Sekian, terima kasih.