- Utama
- Pengarah
- Info Korporat
- Pusat Info
- e-Poster Pemakluman
- Perkhidmatan
- Foto Aktiviti dan Program
- Keratan Akhbar
- Penerbitan Buku
- Video
- Muat Turun
- Repositori Integriti
- Hubungi Kami
Kota Kinabalu, 05 Mei 2025:
Upacara Angkat Sumpah Ahli Induk Majlis Penasihat Wanita Sabah Sesi 2025-2026
Hari ini, satu majlis penting telah berlangsung di hadapan Ketua Menteri Sabah. Upacara angkat sumpah Ahli Induk Majlis Penasihat Wanita Sabah sesi 2025-2026 telah diadakan dengan rasmi. Ketua Menteri Sabah berharap ahli MPWS yang baharu dilantik ini akan dapat menjadi sebahagian jentera kerajaan dalam mengoptimumkan penglibatan wanita dalam pelbagai aspek bagi melahirkan wanita yang berilmu dan hebat.
Majlis ini telah berlangsung pada 5 Mei 2025 (Isnin) jam 10.30 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 26, Menara Kinabalu.
JHEWA selaku Urus setia dan jentera pelaksana kepada Ahli Majlis Penasihat Wanita Sabah dan 7 Jawatankuasa MPWS.
Turut hadir dalam acara ini adalah Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah yang menyempurnakan majlis tersebut. Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Sr.Haji Safar Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Yang Berhormat Datuk James Bin Ratib, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Yang Berhormat Datuk Flovia Ng, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Yang Berbahagia Datuk Maria Chong, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah,Yang Berusaha Puan Anthea James Jipanus, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Yang Berusaha Puan Dayang Noorashikhin Zulkefli, Pengarah Bahagian Kabinet dan Dasar, Jab. Ketua Menteri, Yang Berusaha Puan Hajah Haslina Ismail, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita , dan barisan ahli JK MPWS 2025-2026 :
• Pengerusi: Yang Berbahagia Datuk Dr. Hajah Rosmawati binti Haji Lasuki, J.P. (Ketua Pegawai Eksekutif Sabah International Convention Centre – SICC)
• Timbalan Pengerusi: Yang Berbahagia Datin Hajah Fauziah binti DSP Haji Abu Bakar Titingan (Ketua Pegawai Eksekutif Borneo Mortgage Finance Berhad)
• Setiausaha MPWS: Yang Berusaha Puan Hajah Haslina binti Ismail, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah
• Pengerusi JK Sosial: Yang Berusaha Tuan Jais bin Asri (Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah)
• Pengerusi JK Ekonomi: Yang Berusaha Puan Viviantie binti Sarjuni (Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Creative Economy and Innovation Centre – SCENIC)
• Pengerusi JK Pendidikan: Yang Berusaha Prof. Ts. Dr. Imbarine bin Bujang (Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik UiTM Cawangan Sabah)
• Pengerusi JK Gender: Yang Berusaha Puan Dayang Selha binti Ibrahim (Setiausaha Rendah Bahagian Pentadbiran & Pengurusan Akaun, Kementerian Kewangan Negeri Sabah)
• Pengerusi JK Kesihatan: Yang Berusaha Puan Nor Saadah binti Omar (Ketua Cawangan Promosi Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah)
• Pengerusi JK Undang-Undang: Yang Berusaha Puan Noor Azah binti Abd. Rahman (Peguam, Pusat Bantuan Guaman Wanita Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah)
• Pengerusi JK Wanita & Media: Yang Berbahagia Datin Atin Belynda binti Buntot (Pengerusi Persatuan Pemelihara Tradisi dan Budaya Wanita Pasok Momogun)
Upacara ini menandakan permulaan peranan penting Ahli Induk dalam pemerkasaan wanita dari segi memperjuangkan hak dan kebajikan wanita di Sabah untuk sesi yang akan datang. MPWS ditubuhkan sebagai badan penasihat kepada kerajaan Negeri serta pengantara kerajaan Negeri dan organisasi wanita bukan kerajaan.