- Utama
- Pengarah
- Info Korporat
- Pusat Info
- e-Poster Pemakluman
- Perkhidmatan
- Foto Aktiviti dan Program
- Keratan Akhbar
- Penerbitan Buku
- Video
- Muat Turun
- Repositori Integriti
- Hubungi Kami
KOTA BELUD, 27 Mei 2025 — Program Menangani Isu Perkahwinan Awal Kanak-Kanak (MIPA) di daerah Kota Belud berjalan lancar dan mencapai kejayaan hari ini, dengan kehadiran seramai 209 peserta. Program yang berlangsung di Dewan Tun Said Bin Keruak bermula dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang itu dirasmikan oleh YB Datuk Flovia Ng, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat & Kesejahteraan Rakyat.
Majlis ini menampilkan usaha bersama Jabatan Hal Ehwal Wanita Negeri Sabah serta kerjasama Pejabat Daerah Kota Belud, UPPM N8 Pintasan, N9 Tempasuk, N10 Usukan dan N11 Kadamaian. Ia bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya dan pencegahan perkahwinan awal kanak-kanak, serta memberi maklumat penting kepada komuniti setempat.
Antara aktiviti menarik yang diadakan termasuk penyampaian sijil penyertaan dan goodies bag, cabutan bertuah, jualan rahmah, serta kaunter perkhidmatan daripada agensi kerajaan dan rakan strategik Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA).
Program turut menampilkan penceramah berpengalaman seperti Noor Azah Abd Rahman (Peguam), Dr. Hjh Ananlangka Mad Kassim (Kaunselor Berdaftar), dan Suzanna Piny (Penolong Pengarah Kanan LPPKN), yang berkongsi ilmu dan panduan berkaitan hak asasi serta aspek undang-undang berkaitan isu ini.
Keberhasilan program ini menunjukkan komitmen semua pihak dalam usaha membendung isu perkahwinan awal kanak-kanak dan memperkasakan kesedaran di kalangan masyarakat. Diharapkan inisiatif ini mampu memberi impak positif dan membantu melindungi hak kanak-kanak di daerah Kota Belud.
Program ini sekali lagi menegaskan bahawa kerjasama dan kesedaran masyarakat adalah kunci utama dalam memastikan masa depan kanak-kanak lebih cerah dan bebas daripada tekanan sosial yang tidak wajar.