- Utama
- Pengarah
- Info Korporat
- Pusat Info
- e-Poster Pemakluman
- Perkhidmatan
- Foto Aktiviti dan Program
- Keratan Akhbar
- Penerbitan Buku
- Video
- Muat Turun
- Repositori Integriti
- Hubungi Kami
KOMITMEN TINGGI MPWS DAN JHEWA PERKASA WANITA SABAH
KOTA KINABALU | 16 Jun 2025 : Program Engagement with Sabah’s Women Leaders yang berlangsung pagi tadi di SICC menjadi manifestasi awal kesungguhan barisan baharu Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) dalam mengangkat suara wanita Sabah ke hadapan.
Dalam ucapannya, Pengerusi Induk MPWS, Datuk Dr Hajah Rosmawati Lasuki, menegaskan bahawa program ini adalah inisiatif pertama (inaugural) di bawah kepimpinan AJK Induk MPWS sesi baharu.
Beliau turut mengumumkan bahawa ini merupakan Fasa 1 daripada rangka pelaksanaan program yang lebih menyeluruh, yang akan diteruskan dengan Fasa 2 pada bulan Julai dan Simposium Wanita Sabah pada bulan Ogos.
Datuk Rosmawati turut menyatakan bahawa MPWS menyahut penuh seruan YAB Ketua Menteri agar wanita diperkasakan secara sistematik khususnya dalam tiga bidang utama: pendidikan, ekonomi dan kepimpinan.
Penganjuran program ini turut didokong penuh oleh Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) yang diketuai oleh Pengarahnya, Puan Hajah Haslina Hj Ismail.
Seluruh barisan AJK Induk MPWS serta pasukan pelaksana JHEWA telah memainkan peranan penting dalam menjayakan program yang menghimpunkan lebih 1000 wanita dari pelbagai sektor di seluruh Sabah ini.