- Utama
- Pengarah
- Info Korporat
- Pusat Info
- e-Poster Pemakluman
- Perkhidmatan
- Foto Aktiviti dan Program
- Keratan Akhbar
- Penerbitan Buku
- Video
- Muat Turun
- Repositori Integriti
- Hubungi Kami
11 hingga 13 Jun 2025 di Dewan Undangan Negeri (DUN) N.9 Tempasuk.
Kursus yang dihadiri oleh sebanyak 27 peserta ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang masakan gerai, khususnya bagi mereka yang berminat untuk memulakan atau memperbaiki perniagaan mereka dalam industri makanan dan minuman. Program ini turut memberi pendedahan tentang teknik memasak, penyediaan menu yang menarik, serta aspek keselamatan dan kebersihan dapur.
Sepanjang kursus berlangsung dari pukul 8:30 pagi hingga 5:00 petang, peserta didedahkan dengan pelbagai sesi praktikal dan teori yang dikendalikan oleh chef-chef berpengalaman. Selain itu, mereka juga berpeluang berkongsi pengalaman dan membina rangkaian jaringan yang berguna untuk perkembangan perniagaan mereka di masa hadapan.
Program ini diharap dapat memberi manfaat besar kepada peserta dan membantu mereka dalam usaha memajukan perniagaan gerai mereka. JHEWA turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
"JHEWA percaya bahawa latihan ini mampu meningkatkan kompetensi peserta dan membuka peluang baru dalam bidang perniagaan makanan. JHEWA akan sentiasa komited dalam menyediakan program pendidikan dan latihan yang memberi manfaat kepada komuniti".
Kursus ini mendapat maklumbalas yang positif daripada peserta yang menyatakan kepuasan terhadap ilmu dan pengalaman yang diperoleh. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan di masa hadapan untuk memberi manfaat lebih luas lagi kepada komuniti.