- Utama
- Pengarah
- Info Korporat
- Pusat Info
- e-Poster Pemakluman
- Perkhidmatan
- Foto Aktiviti dan Program
- Keratan Akhbar
- Penerbitan Buku
- Video
- Muat Turun
- Repositori Integriti
- Hubungi Kami
Kota Kinabalu, 14 Julai 2025 — Seramai 40 usahawan bimbingan Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) berjaya menyertai dan menampilkan kekuatan serta kreativiti mereka dalam program Jom Fiesta & Masak yang berlangsung selama dua hari bertempat di Riverson The Walk, Kota Kinabalu, Sabah, pada 12 dan 13 Julai 2025.
Program yang bermula dari pukul 10 pagi hingga 8 malam itu bertujuan memberi pengalaman bermakna kepada usahawan, sekaligus mendorong semangat mereka untuk terus berjaya dalam bidang perniagaan. Selain itu, acara ini turut menjadi platform untuk memperkenalkan dan mempromosikan produk-produk usahawan JHEWA kepada pengunjung tempatan dan pelancong yang hadir.
Pengunjung yang hadir berpeluang menyaksikan demonstrasi memasak, mencuba produk-produk makanan dan kraftangan, serta berinteraksi secara langsung dengan usahawan bermula dari produk makanan tradisional, kek kreatif, hingga barangan kraf tangan yang unik.
Pihak JHEWA, menyatakan bahawa program ini adalah sebahagian daripada usaha JHEWA untuk memperkasakan usahawan wanita, memberi mereka platform untuk berkembang dan dikenali di peringkat yang lebih luas. “JHEWA berharap melalui penganjuran acara ini, usahawan dapat memperbaiki kemahiran mereka, memperluaskan jaringan perniagaan, dan seterusnya meningkatkan pendapatan mereka,” ujarnya.
Selain itu, pihak JHEWA juga menyampaikan ucapan tahniah kepada semua usahawan yang terlibat atas kejayaan mereka dalam memanfaatkan peluang ini.
Program Jom Fiesta & Masak ini diharap dapat menjadi platform berterusan untuk pembangunan usahawan wanita di Sabah, sekaligus memperkukuhkan ekonomi komuniti setempat.