- Utama
- Pengarah
- Info Korporat
- Pusat Info
- e-Poster Pemakluman
- Perkhidmatan
- Foto Aktiviti dan Program
- Keratan Akhbar
- Penerbitan Buku
- Video
- Muat Turun
- Repositori Integriti
- Hubungi Kami
Usukan, 4 Julai 2025 — Kursus Masakan Gerai yang dianjurkan oleh JHEWA (Bahagian Operasi) berlangsung dengan jayanya selama tiga hari bermula 2 hingga 4 Julai 2025 di Dun N.10 Usukan. Seramai 27 peserta telah mengikuti latihan intensif dari pukul 8 pagi hingga 5 petang, bertujuan meningkatkan kemahiran memasak dan pengurusan gerai makanan yang berkualiti.
Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan mencapai objektifnya dalam melatih peserta agar dapat menyediakan hidangan yang lazat dan menarik untuk gerai mereka nanti. Peserta turut diberi pendedahan tentang teknik memasak moden dan pengurusan perniagaan gerai secara efektif.
JHEWA mengucapkan tahniah kepada semua peserta atas kejayaan mereka dalam menamatkan kursus ini. Diharapkan kemahiran yang diperoleh akan memberi manfaat dalam memperkasa ekonomi kalangan usahawan gerai makanan tempatan dan mempromosikan warisan masakan tradisional serta inovatif.