- Utama
- Pengarah
- Info Korporat
- Pusat Info
- e-Poster Pemakluman
- Perkhidmatan
- Foto Aktiviti dan Program
- Keratan Akhbar
- Penerbitan Buku
- Video
- Muat Turun
- Repositori Integriti
- Hubungi Kami
Limbahau, 20 Jun 2025 — Kursus Pembuatan Kraftangan (Bakul) yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) selama tiga hari dari 18 hingga 20 Jun 2025 berlangsung dengan jayanya di Dun N.27 Limbahau. Seramai 29 peserta telah mengikuti latihan intensif dari pukul 8 pagi hingga 5 petang, yang bertujuan meningkatkan kemahiran dan kreativiti dalam pembuatan kraftangan tradisional.
Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan berjaya mencapai objektifnya dalam melahirkan peserta yang lebih mahir dan berpengetahuan dalam menghasilkan kraftangan bakul yang berkualiti. Peserta turut diberi peluang berkongsi pengalaman dan memperdalam ilmu mengenai teknik pembuatan kraftangan tradisional, sekaligus memupuk semangat kecintaan terhadap warisan budaya tempatan.
JEWA mengucapkan tahniah kepada semua peserta atas kejayaan mereka, dan berharap kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam usaha memartabatkan kraftangan tempatan ke peringkat yang lebih tinggi.