- Utama
- Pengarah
- Info Korporat
- Pusat Info
- e-Poster Pemakluman
- Perkhidmatan
- Foto Aktiviti dan Program
- Keratan Akhbar
- Penerbitan Buku
- Video
- Muat Turun
- Repositori Integriti
- Hubungi Kami
Pada 8 Julai 2025 (Selasa), satu Program Sesi Advokasi Ceramah Keganasan Rumah Tangga telah dianjurkan oleh Sabahebat Sdn Bhd Membakut dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) . Program ini berlangsung dari 12:30 tengah hari hingga 4:00 petang dan bertempat di Dewan Eco-Lake Resort, Membakut.
Seramai hampir 80 orang peserta telah menghadiri program ini, terdiri daripada pekerja-pekerja estet Sabahebat Sdn Bhd. Pihak JHEWA diwakili oleh Dg Affifah Fatiah binti Awang Nohin, Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Nasihat dan Pusat Bantuan Guaman Wanita (PBGW). Beliau turut disertai oleh Puan Nor Azah Abd Rahman selaku penceramah program serta Cik Marianah Muhamad Noor sebagai urusetia.
Program berlangsung dengan lancar dan penuh interaksi,dimulakan dengan sesi ceramah, disusuli dengan kuiz menarik, dan diakhiri dengan sesi soal jawab bersama peserta. Para peserta menunjukkan penglibatan aktif dan minat yang tinggi sepanjang program dijalankan.
Program ini diharap dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dengan libat urus yang lebih meluas bersama agensi luar,sekali gus memperkukuh kesedaran masyarakat mengenai isu keganasan rumah tangga. Usaha murni seperti ini bukan sahaja memberi pendedahan yang bermakna kepada peserta, malah mewujudkan ruang sokongan yang positif kepada golongan wanita dan komuniti secara amnya. Semoga program seperti ini terus menjadi pemangkin perubahan ke arah kesejahteraan sosial dan pembangunan insan yang lebih inklusif.