- Utama
- Pengarah
- Info Korporat
- Pusat Info
- e-Poster Pemakluman
- Perkhidmatan
- Foto Aktiviti dan Program
- Keratan Akhbar
- Penerbitan Buku
- Video
- Muat Turun
- Repositori Integriti
- Hubungi Kami
Kota Kinabalu, 4 Julai 2025 — Program Keterampilan Usahawan Wanita dan Khidmat Pelanggan Cemerlang yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) selama tiga hari sejak 1 hingga 3 Julai lalu, berlangsung dengan jayanya di Wisma Wanita, Kota Kinabalu.
Program yang bertujuan membantu usahawan wanita membangunkan keyakinan diri, meningkatkan kemahiran komunikasi, dan menguasai layanan pelanggan bertaraf tinggi ini mendapat sambutan hangat daripada peserta yang terdiri daripada usahawan wanita dari pelbagai daerah di negeri Sabah. Dengan pendekatan interaktif dan latihan praktikal, peserta diberi peluang untuk mempelajari dan mengamalkan ilmu yang terus boleh diaplikasikan dalam perniagaan mereka.
Antara aktiviti utama yang dijalankan termasuk sesi latihan komunikasi berkesan, latihan khidmat pelanggan cemerlang, dan perkongsian pengalaman yang memberi inspirasi kepada peserta. Para peserta juga berpeluang menjalani latihan langsung yang mempersiapkan mereka untuk menghadapi cabaran sebenar dalam dunia perniagaan.
Pengarah JHEWA, Puan Haslina Ismail, dalam ucapan penutup menyatakan bahawa program ini berjaya mencapai objektifnya dalam memperkasakan usahawan wanita dan meningkatkan mutu perkhidmatan pelanggan di kalangan mereka. "Kami berharap ilmu yang diperoleh dapat memberi impak positif dalam pertumbuhan perniagaan mereka serta meningkatkan kepuasan pelanggan," katanya.
Program ini mendapat maklumbalas positif daripada peserta yang menyatakan bahawa mereka merasa lebih yakin dan berpengetahuan dalam mengendalikan perniagaan serta berinteraksi dengan pelanggan. Pihak penganjur turut merancang untuk menganjurkan program serupa di masa hadapan bagi terus menyokong pembangunan usahawan wanita di negeri ini.
Kejayaan program ini membuktikan bahawa usaha berterusan dalam pembangunan wanita mampu memberi impak besar terhadap ekonomi dan komuniti setempat.