- Utama
- Pengarah
- Info Korporat
- Pusat Info
- e-Poster Pemakluman
- Perkhidmatan
- Foto Aktiviti dan Program
- Keratan Akhbar
- Penerbitan Buku
- Video
- Muat Turun
- Repositori Integriti
- Hubungi Kami
Kinabatangan, 24 Julai 2025 — Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA )dengan kerjasama Pejabat Daerah Kinabatangan, Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), UPPM N58 Lamag dan N59 Sukau, dengan jayanya telah mengadakan Program Outreach Santuni Wanita “Merakyatkan Perkhidmatan Ke Arah Kesejahteraan Wanita” hari ini di Dewan Sri Lamag, Kinabatangan. Program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang ini berjaya menarik kehadiran ramai penduduk dari kawasan DUN N58 Lamag, N59 Sukau, dan Ngo Wanita yang berdaftar dengan JHEWA serta mendapat sambutan hangat daripada komuniti setempat.
Perasmi majlis, Yang Berhormat Datuk Flovia Ng, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat & Kesejahteraan Rakyat, turut menyampaikan ucapan perasmian yang menghangatkan lagi suasana. Program ini turut disertai aktiviti menarik seperti cabutan bertuah, pameran perkhidmatan, dan jualan Rahmah Madani yang memberi manfaat kepada para peserta.
Antara slot ceramah yang paling ditunggu-tunggu ialah berkaitan Hak Wanita dalam Perkahwinan dari Aspek Perundangan yang disampaikan oleh Puan Noor Azah Abd Rahman, Peguambela & Peguamcara dari Pusat Bantuan Guaman Wanita (PBGW JHEWA); Minda Positif oleh Puan Hajah Hairuni Kasuagi, Pegawai Psikologi Hospital Lahad Datu; serta Advokasi Kesedaran Dadah Dalam Masyarakat oleh Puan Aisyah binti Abdul Karim, Ketua Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sandakan.
Kehadiran dan perhatian dari masyarakat amat dihargai, dan program ini diharap dapat memberi manfaat serta meningkatkan kesedaran mengenai hak wanita, isu keganasan rumahtangga, dan kesihatan mental. Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan hadir dalam menjayakan program ini.
Kejayaan program hari ini membuktikan komitmen bersama dalam memperkasakan wanita serta memperkukuh institusi keluarga di negeri Sabah. Diharapkan inisiatif ini akan diteruskan dan diperluaskan lagi pada masa akan datang.