- Utama
- Pengarah
- Info Korporat
- Pusat Info
- e-Poster Pemakluman
- Perkhidmatan
- Foto Aktiviti dan Program
- Keratan Akhbar
- Penerbitan Buku
- Video
- Muat Turun
- Repositori Integriti
- Hubungi Kami
Gum-Gum, 24 Julai 2025 — Kursus Pemprosesan Produk Hasilan Laut yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) telah mencapai kejayaan besar selepas berlangsung selama tiga hari bertempat di Dewan Komuniti Dun N.50 Gum-Gum. Kursus yang bermula dari 22 hingga 24 Julai 2025 ini berjaya menarik perhatian 27 peserta daripada kumpulan sasar yang terdiri daripada komuniti tempatan yang berminat mendalami ilmu dan kemahiran dalam pemprosesan hasil laut.
Sepanjang tempoh kursus dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang, peserta didedahkan dengan pelbagai modul praktikal dan teori mengenai teknik pemprosesan hasil laut yang selamat, bersih, dan berdaya saing. Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran komuniti tempatan supaya mereka dapat menghasilkan produk hasil laut yang berkualiti tinggi dan berpotensi untuk dipasarkan secara lebih meluas.
JHEWA mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang menunjukkan semangat belajar yang tinggi dan komitmen sepanjang kursus berlangsung. JHEWA juga berharap agar ilmu yang diperoleh dapat memberi manfaat jangka panjang serta membantu meningkatkan pendapatan komuniti setempat.
Kejayaan kursus ini turut disambut baik oleh peserta yang menyatakan kepuasan terhadap pendedahan ilmu baru serta peluang untuk berinteraksi secara langsung dengan pakar dalam bidang pemprosesan hasil laut. Pihak penganjur merancang untuk menganjurkan lebih banyak program latihan seperti ini di masa hadapan demi memperkasakan ekonomi komuniti dan mempromosikan hasil laut tempatan ke peringkat yang lebih tinggi.
Dengan kejayaan ini, JHEWA sekali lagi membuktikan komitmennya dalam mendukung pembangunan wanita khususnya dan Masyarakat amnya melalui latihan dan pendidikan berterusan.